Bale dijangka kembali cergas
Pemain sayap Tottenham, Gareth Bale dijangka cergas untuk perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris musim ini menentang Newcastle United.
Pemain berusia 23 tahun itu cedera belakang selepas terjatuh malam Rabu lalu ketika tugasan antarabangsa bersama Wales, yang mengalami kekalahan 2-0 kepada Bosnia.
Namun bekas bintang Southampton itu mendedahkan beliau cukup sedia untuk perlawanan hari ini di Sports Direct Arena, yang mana ia akan menjadi perlawanan kompetitif pertama Andre Villas-Boas bersama kelab utara London tersebut.
"Ia agak menyakitkan semasa saya jatuh tapi ia tidak terlalu teruk," ujar Bale.
"Saya akan okay dan saya hanya mahu menyiapkan diri saya hujung minggu ini." |