Friday, August 17, 2012

Kaka ada peluang '0.001%' untuk ke AC Milan

Kaka mungkin terus kekal di Real.

Kaka hampir pasti tidak akan berpindah ke AC Milan, jelas ejen bola sepak berprofil tinggi, Ernesto Bronzetti.
 
Ejen Fifa itu berpengaruh dalam membawa pemain keluar masuk Sepanyol dan Itali, terutamanya langkah yang melibatkan Real Madrid. Namun, dia telah memberi amaran bahawa Kaka tidak akan kembali ke Itali.
 
Bercakap tentang khabar angin bahawa Milan membida bekas kegemaran peminat iaitu Kaka, ejen berkata, "Adriano Galliani berhak berkata dia tidak mahu memberi harapan palsu kepada peminat."
 
"Di Itali, mustahil untuk membayar gaji bersih €10 juta," katanya lagi.
 
"Ketika Real Madrid serius mahu lepaskannya, kemudian mungkin mereka ada peluang, tapi malangnya kini Kaka adalah banduan kepada gajinya."
 
Midfielder serangan Brazil itu membuat 260 penampilan bersama Milan dan menjaringkan 95 gol sepanjang tempoh di San Siro, menjadi ikon bola sepak penyokong The Rossoneri. Namun, dia belum membuat kesan yang sama dengan Real Madrid.
 
Sejak berpindah ke Sepanyol pada 2009, dia hanya membuat 93 penampilan.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Tiada pertanyaan dari PSG untuk Rooney
 2. San Lorenzo tingkatkan usaha untuk membawa Coloccini kembali
 3. Stoke sedia dapatkan penjaga gol Twente, Plattel
 4. Benteke beri bayangan mahu keluar dari Aston Villa
 5. Montella: Jovetic mungkin tinggalkan Fiorentina
 6. Debuchy tak menyesal sertai Newcastle
 7. Alves: Neymar akan bantu Messi
 8. 'Saya tak boleh lihat Rooney bermain untuk kelab lain selain MU'
 9. Gignac Terus Bersama Marseille
 10. Martinez Masih Tak Keruan Masa Depannya

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version