Friday, August 10, 2012

Ferguson berang dengan kegagalan perjanjian

Ferguson kecewa dengan musim perpindahan kali ini.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dipercayai kecewa terlepas pemain sasaran musim panas, Lucas Moura, terutama setelah gagal mendapatkan Eden Hazard awal musim panas ini.
 
Winger Brazil berusia 19 tahun itu dikatakan bakal berpindah ke Old Trafford sehingga satu tawaran lewat $40 juta oleh Paris Saint-Germain akan menyaksikan dia berpindah ke kelab ibu negara Perancis itu.
 
"Perjanjian Lucas Moura dengan PSG kelihatan dah dimeterai pada harga $40 juta, dan Manchester United juga sangka mereka dah dapat Hazard namun dia akhirnya pergi ke Chelsea," kata satu sumber. "Sir Alex tak gembira terlepas dua daripada pemain sasaran perpindahannya musim panas ini, langsung tak gembira."
 
Ferguson telahpun mendakwa yang yuran agen untuk perjanjian Hazard bernilai £6 juta, jelas menyukarkan usaha untuk mendapatkan khidmat winger Belgium tersebut.
 
Dicadangkan yang Lucas Moura telah diberitahu oleh bekas pemain Manchester City, Robinho kawasan itu bosan untuk didiami, sesuatu yang mengundang kemarahan Ferguson.
 
Bos United itu turut mensasarkan Robin van Persie, dan mungkin kini akan membuat usaha lebih bagi memikatnya dari Arsenal, walaupun dia perlu membuat tawaran sehingga £25 juta untuk mendapatkan pemain Belanda tersebut ketika Arsene Wenger berazam kuat untuk mengekalkan strikernya itu.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Juve: Tevez Lebih Mudah Diperolehi Dari Higuain
 2. Fernandinho Berminat Berpindah Ke City
 3. Allegri Bincangkan Masa Depannya Bersama Milan
 4. Ribery mahu tamatkan karier di Bayern
 5. Rodwell dipanggil ke skuad England
 6. Conte nafi perbelanjaan 'fantasy football' Juventus
 7. Nasri: Saya kekal di Manchester City
 8. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 9. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 10. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version