Tuesday, August 07, 2012

Bayern beri bayangan tawaran 'gila' untuk Martinez

Martinez mungkin dipertimbangkan untuk Bayern.

Pengarah sukan Bayern Munich, Matthias Sammer telah memberi bayangan pasukannya mungkin berbelanja dalam usaha untuk menandatangani midfielder Athletic Bilbao, Javi Martinez.
 
Martinez, yang juga boleh beraksi di benteng, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Allianz Arena sepanjang musim panas, namun Bilbao kini enggan mengalah dengan yuran yang diminta mereka sebanyak €40 juta.
 
Bayern telah lama menyebut mereka tidak akan ditekan dalam usaha mereka untuk menandatangani Martinez, selain midfielder Bayer Leverkusen, Lars Bender, namun Sammer mengakui kelab mungkin bersedia untuk membelanjakan jumlah 'gila' bagi memastikan mereka kekal kompetitif dengan pasukan gergasi Eropah yang lain.
 
"Buat masa ini, kami tak lakukannya kerana ia gila," kata bekas pemain kebangsaan Jerman itu, apabila ditanya tentang kemungkinan membuat tawaran untuk Martinez.
 
"Namun jika kami mahu berjaya di atas padang, maka kami harus jadi gila."
 
Martinez, 23, telah berada di Bilbao sejak 2006 dan menjadi sebahagian daripada skuad Sepanyol yang menang Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Conte nafi perbelanjaan 'fantasy football' Juventus
 2. Nasri: Saya kekal di Manchester City
 3. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 4. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 5. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 6. Simpson jangka pemergian musim panas
 7. Villas-Boas jangka Bale kekal
 8. Williams tak kisah dengan spekulasi
 9. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 10. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version