Bielsa nafi khabar angin
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa memberitahu Fernando Llorente sememangnya diketepikan dari pertemuan Liga Eropah dengan Slaven Belupo tapi ia bukan kerana dakwaan pertelingkahan beliau dengan penyerang pasukan itu.
Ada laporan menyebut pengurus dari Argentina itu bergaduh dengan penyerang bintang pasukan namun beliau tampil menjelaskan bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu diketepikan hanya kerana isu kecergasan perlawanan.
"Dia berlatih kurang dua minggu," kata Bielsa semasa sidang media sebelum perlawanan, merujuk kepada penyertaan Llorente di Kejohanan Eropah 2012. "Jadi ia isu yang hanya melibatkan dua pihak: pemain dan kelab."
Namun Bielsa ada masalah dengan majikannya mengenai kritikan terbuka beliau mengenai kemudahan latihan kelab sebaik kepulangan mereka dari cuti musim panas.
Akibatnya, beliau memutuskan untuk mengurangkan sidang akhbar musim ini, menjelaskan bahawa beliau merasakan ia sebagai "langkah berhati-hati".
"Itu saja yang mahu saya katakan mengenai perkara ini," akuiny. "Saya tidak mahu membenarkan mereka menterjemahkannya kepada perkara lain.
"Mulai dari esok, kami mula bersaing semula dan ia lebih baik untuk saya meluahkan pendapat saya dengan hasil keputusan. Ia perkara paling penting dalam tugas saya." |