Thursday, August 02, 2012

Schalke Tak Terburu-buru Tentang Kontrak Huntelaar

Huntelaar... Peledak berbisa Schalke

Pengarah urusan Schalke, Horst Heldt sanggup memberikan Klaas-Jan Huntelaar seberapa lama waktu yang diperlukannya untuk berfikir mengenai menandatangani kontrak baru bersama kelab.
 
Pemain antarabangsa Belanda itu hanya tinggal setahun dalam kontrak semasanya dan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah, termasuk Manchester United.
 
Huntelaar baru-baru ini menyatakan tidak berminat meninggalkan Gelsenkirchen pada jendela perpindahan pemain ini dan Heldt tidak nampak sebarang sebab untuk penyerang itu bersikap terburu-buru membuat keputusan mengenai kontrak sambungan.
 
"Kami akan bertemu kembali tidak lama lagi dan kemudian berbincang lebih khusus mengenai kandungan kontrak," menurut Heldt.
 
"Memang nampak bahawa Klaas-Jan berasa selesa di sini tapi dia masih perlukan masa untuk membuat keputusannya jadi kami akan berikan dia masa tersebut.“
 
"Bagi kami ia adalah penting bahawa beliau membuat keputusan dengan tenang. Banyak yang boleh kami tawarkan sebagai sebuah kelab."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Montella: Jovetic mungkin tinggalkan Fiorentina
 2. Debuchy tak menyesal sertai Newcastle
 3. Alves: Neymar akan bantu Messi
 4. 'Saya tak boleh lihat Rooney bermain untuk kelab lain selain MU'
 5. Gignac Terus Bersama Marseille
 6. Martinez Masih Tak Keruan Masa Depannya
 7. Ribery Tangguhkan Perbincangan Kontrak
 8. City Tidak Mengejar Falcao Atau Neymar
 9. Madrid Bertindak Awal Dapatkan Isco
 10. Maradona Dikaitkan Dengan Napoli

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version