Monday, July 30, 2012

Hargreaves berlatih dengan QPR

Hargreaves... Ejen bebas.

Agen bebas, Owen Hargreaves sedang berlatih dengan Queens Park Rangers.
 
Hargreaves, 31, telah mengalami masalah kecederaan berpanjangan sejak empat tahun kebelakangan ini, dan terdapat keraguan samada dia mampu meneruskan karier bermainnya. "Saya tak paksa apa-apa dan jika saya tak boleh kembali ke tahap yang saya pernah nikmati dulu, saya tak mahu main lagi," kata midfielder itu baru-baru ini.
 
Dia telah dilepaskan oleh Manchester United musim panas tahun lalu, dan selepas itu memuat naik video YouTube untuk mendemonstrasi tahap kecergasannya kepada kelab yang berminat. Dia kemudian diberi kontrak oleh Manchester City, namun sepanjang kempen 2011-12 dia membuat hanya empat penampilan, yang terakhir tiba pada Januari, dan dia telah dilepaskan pada penghujung musim.
 
QPR kini telah menawarkan Hargreaves peluang untuk mengekalkan kecergasannya, dengan pengurus, Mark Hughes mencadangkan ada kemungkinan dia akan ditawarkan satu kontrak jika pemain itu berjaya memikat mereka.
 
Hughes berkata melalui laman web rasmi kelab: "Owen sedang berlatih bersama pemain lain. Tiada perjanjian di antara kedua belah pihak. Dia mahu kekalkan kecergasannya dan kami lebih dari gembira untuk benarkan dia berlatih dengan kami dan gunakan fasiliti kami di Harlington."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Courtois: Saya tak bercakap dengan Mourinho tentang Chelsea
 2. AC Milan nilai tawaran £12.6 juta untuk Xabi Alonso
 3. Julio Cesar berahsia tentang langkah masa depan
 4. Barcelona letak tawaran musim panas £10 juta untuk Reina
 5. Galliani: Robinho mahu kekal di AC Milan
 6. Pengarah Juventus isyarat rundingan dengan ejen Tevez
 7. Fergie: Masa Depan Rooney Bukan Masalah Saya
 8. Hernanes Tidak Akan Ke Mana-Mana
 9. Krkic Menikmati Karier Pinjamannya Bersama Milan
 10. Naib Presiden Santos Berdiam Diri Harga Neymar

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version