Carroll mahu kekal.
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan Andy Carroll gembira untuk kekal di kelab dan mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan baru yang mahu diterapkannya di Anfield.
Carroll disebut secara meluas akan meninggalkan Liverpool musim panas ini selepas dia bergelut untuk membuat impak sejak tiba dari Newcastle United untuk yuran rekod kelab £35 juta pada Januari 2011.
Bekas kelab pemain kebangsaan England itu telahpun membuat percubaan untuk membawa Carroll pulang semula ke St James' Park namun tawaran itu telah ditolak oleh The Reds.
West Ham juga telah membuat tawaran £2 juta untuk membawa Carroll secara pinjaman sehingga penghujung musim 2012-13 dengan tawaran £16 juta perpindahan tetap, jika kelab itu mengelak penyingkiran.
Namun Rodgers yakin striker itu masih berada dalam pelannya untuk musim depan.
Bos Reds, Rodgers berkata: "Saya tak sedar tentang hal itu. Semestinya saya akan tahu lebih apabila kami pulang nanti."
"Ada banyak yang ditulis tentang Andy, namun anda lihat hari ini dia gembira di sini dan dia kerja dengan sangat baik sejak dia sertai kami."
"Realitinya dia masih seorang pemain Liverpool, dia mampu sesuaikan diri dengan corak yang saya mahu terapkan, dan dia gembira di sini. Saya pasti takkan paksa dia keluar daripada kelab." |