Redknapp secara mengejut telah dipecat oleh Spurs
Bekas pengurus Tottenham, Harry Redknapp percaya peluangnya untuk muncul kembali ke bidang pengurusan di Liga Perdana Inggeris akan menjelma.
Redknapp secara mengejut dipecat oleh Spurs dan diabaikan oleh England musim panas ini namun beliau menegaskan akan mendapat peluang untuk menguruskan kelab divisyen teratas apabila suasana "panik" tercetus di kelab yang terdesak untuk tidak mahu kerugian menikmati durian runtuh hasil penajaan kontrak TV baru yang lumayan.
Dengan kelab Liga Perdana Inggeris dijangka menikmati peningkatan 75% dalam pendapatan TV setahun akan datang, akan ada lebih tekanan untuk mengelak dari jatuh divisyen dan Redknapp sedia berlengah untuk membuat kepulangan ke Liga Perdana Inggeris dari menyahut peluang jawatan di seberang laut.
"Saya teringin untuk kembali berkhidmat, saya mencari peluang untuk kembali ke bidang pengurusan tapi saya tidak tergocoh-gocoh," ujar Redknapp. "Muncul November, di bulan Disember, kelab akan panik jika mereka berada di tangga terbawah.
"Tiada kelab yang mahu tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim lepas dengan begitu banyak wang yang boleh diperolehi Ogos tahun lepas. Dengan setiap kelab memperolehi di antara £60 juta hingga £90 juta, ia jumlah yang terlalu besar dipertaruhkan. Jumlahnya sentiasa tinggi tapi kini ia jauh lebih tinggi." |