Moses dikehendaki Wigan.
Pengerusi Wigan Athletic, Dave Whelan telah mengeluarkan ultimatum kepada Chelsea untuk membayar nilai £10 juta buat Victor Moses atau menamatkan pemburuan mereka terhadap pemain tersebut.
Chelsea telah setakat ini menawarkan £4 juta dan satu pilihan salah seorang pemain simpanan mereka samada secara pinjaman, atau seorang pemain dengan nilai sama.
"Victor adalah salah seorang pemain muda paling berbakat jadi tak hairanlah Chelsea mahukannya, namun jika mereka mahukannya mereka perlu bayar pada harga yang sesuai," kata Whelan.
"Saya akan ketahui hari ini samada Chelsea akan bayar wang itu kerana kami tak berminat untuk ambil pemain mereka secara pinjaman atau pertukaran.
"Mereka tahu harga untuk Moses, kami sedang lihat untuk dapatkan £10 juta jika itu bermakna £8 juta tunai dan bakinya nilai tambahan, itu tak apa, kerana pemain itu tahu kami mahukannya kekal namun kami juga takkan halang perpindahannya.
"Saya tak suka halang laluan pemain muda yang boleh pindah ke salah sebuah kelab terbaik Eropah dan beraksi baik buat mereka, saya cuma mahu harapkan yang terbaik buatnya
"Namun kami memang tak mahukannya pergi, dia akan bernilai £15 atau £20 juta selepas beberapa bulan dengan kelab seperti Chelsea. Dia ada baki kontrak setahun, kami dah tawarkannya kontrak baru, namun kami boleh faham mengapa dia mahu beraksi buat Chelsea, walaupun saya harus katakan ada beberapa kelab lain yang turut berminat." |