Allen diminati Rodgers
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengesahkan minatnya untuk membawa midfielder Swansea, Joe Allen ke Anfield.
Rodgers mengalihkan perhatiannya kepada Allen selepas selesai membeli Fabio Borini, pemain yang pernah dibimbingnya semasa bersama the Swans.
Dan walaupun dengan laporan pengurus berusia 39 tahun itu bersetuju untuk tidak mendapatkan pemain dari bekas kelabnya, Rodgers menegaskan beliau terbuka untuk mendapatkan pemain antarabangsa Wales itu.
Memberitahu wartawan: "Sebagai pengurus anda mahukan dia dengan lebih segera tapi perkara utama ialah mendapatkannya sebelum permulaan musim. Jika kami melakukannya, tugas kami akan selesai.
"Saya ada hubungan yang baik dengan Swansea tapi jika ada pasaran untuk mana-mana pemain, saya mahu berada di pasaran.
"Mereka menghormatinya. Dia pemain yang sangat berbakat, di mana semua orang mengetahuinya tapi tiada apa-apa lagi setakat ini. Apabila pemain datang ke kelab seperti Liverpool, ia tidak pernah menjadi begitu lancar.
"Sentiasa akan ada halangan dan kesukaran. Ketika ini, rundingan sedang berjalan mengenai beberapa pemain sasaran." |