Fergie mensasarkan dua penambahan lagi ke dalam skuadnya
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mahu membuat dua lagi pembelian ketika merancang merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris dari Manchester City.
The Red Devils telah diperkuatkan dengan ketibaan £13 juta, Shinji Kagawa dari Borussia Dortmund dan pemain muda Nick Powell dari Crewe.
United juga telah dikatakan mahu membeli midfielder Tottenham, Luka Modric dan dua pemain Porto, James Rodriguez dan Joao Moutinho.
Dan Ferguson berharap dapat mencari dua lagi pemain sasarannya sebelum jendela perpindahan ditutup.
Beliau berkata: "Kami sedang mengusahakan satu atau dua pembelian tapi sejujurnya tiada apa yang boleh diberitahu kepada anda."
"Kami cuba menyelesaikan urusan kami di penghujung musim – kami menguruskan pembelian Shinji dengan jangka waktu yang bagus dan kami bersetuju perjanjian untuk Nick Powell sebelum play-off di mana ia tindakan yang bagus oleh kami kerana pemain tersebut ada final yang cemerlang di Wembley."
"Apabila anda tidak dapat menyelesaikan urusan dengan segera dan anda berunding bersama kelab dengan cukup lama, maka anda tidak boleh mengharapkan dengan hanya memetik jari, ia telah diselesaikan." |