Terry bukan sasaran utama Ancelotti
Paris Saint Germain tidak berminat membeli kapten Chelsea, John Terry, menurut pengurusnya Carlo Ancelotti.
PSG dikatakan mahu mendapatkan Terry, yang mengetuai pasukan Chelsea yang dikendalikan Ancelotti di antara tahun 2009 dan 2011.
Namun ketika kelab Perancis itu sedang memperkuatkan bahagian pertahanannya, pengurus itu menegaskan mereka tidak merancang mendapatkan Terry.
"Kami sedang mencari pemain pertahanan tengah. Kelab telah menghubungi beberapa pemain tapi bukan John Terry," kata Ancelotti. |