Thursday, July 05, 2012

Forlan "excited" by Internacional link

Forlan gembira dengan spekulasi perpindahannya

Penyerang Inter Milan, Diego Forlan percaya laporan yang mengaitkannya dengan kelab Brazil,  Internacional "hanyalah spekulasi", namun akan "gembira" dengan perpindahan ke Amerika Selatan.
 
Forlan, 33, berpindah ke San Siro dari Atletico Madrid musim panas lepas namun gagal memberikan impak berkesan di Inter berikutan siri kecederaannya.
 
Kelab Brazil, Internacional mengesahkan minat mereka terhadap Forlan, yang ada kaitan rapat dengan bola sepak Brazil, dengan bapanya Pablo menghabiskan tujuh tahun di sana bermain bersama Sao Paulo dan Cruzeiro.
 
"Buat masa ini saya ada kontrak bersama Inter dan dalam masa beberapa hari lagi saya akan kembali ke Itali,'' kata Forlan. "Laporan media mengaitkan saya dengan perpindahan ke Internacional hanyalah spekulasi.''
 
Forlan berkata: "Untuk bermain dekat dengan Uruguay, selepas 14 tahun di seberang laut, mengujakan saya."
 
Naib presiden Internacional, Lucian Davi terdahulu mengesahkan minat kelab membawa pemain antarabangsa Uruguay itu kembali ke Brazil.
 
"Jika maklumat itu benar, kami akan berminat," ujar naib presiden Internacional, Lucian Davi.
 
"Internacional akan perlu menjadi kreatif untuk mencari jalan menangani situasi ini. Jika Forlan menjadi ejen bebas, kami akan perlu mengusahakan sesuatu mengenai gajinya."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Seteru London Berdepan Senario Play-off
 2. 'Dia Antara Penyerang Terbaik Dunia'
 3. Juventus Letak Piszczek Pengganti Lichtsteiner
 4. Neymar sesuai dengan corak permainan Barcelona - Pedro
 5. Santa Cruz: Pellegrini orang yang sesuai untuk Man City
 6. Pochettino ancam berhenti Saints
 7. Falcao abai spekulasi Monaco
 8. Kovacic jangka Modric kekal di Real Madrid
 9. Heynckes sahkan 'tawaran dari luar negara'
 10. West Brom mahu dapatkan pemain Wigan, Di Santo

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version