Wednesday, July 04, 2012

Callejon gembira di Real

Callejon gembira di Santiago Bernabeu.

Striker Real Madrid, Jose Maria Callejon berkata dia tidak memikirkan tentang meninggalkan juara bertahan Liga Primera musim panas ini.
 
Callejon menjaringkan 13 gol dalam semua kejohanan musim lalu ketika Real kembali menjuarai gelaran La Liga selepas menunggu empat tahun dan dia mengharapkan lebih banyak masa bermain dalam kempen akan datang.
 
Callejon, 25, yang menyertai skuad bimbingan Jose Mourinho dari Espanyol pada 2011, memberitahu, "Saya tak akan pindah. Saya sangat gembira di Madrid, saya mahu lakukannya dengan baik dan Mourinho yakin dengan diri saya. Terdapat banyak sebab kenapa Saya mahu terus kekal."
 
"Saya ada banyak keinginan. Saya mahu terus tunjukkan komitmen saya di Madrid, menikmati minit dan membantu memenangi sebanyak mungkin."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Carvajal Berharap Dapat Kembali Ke Real
 2. Begovic: Saya Akan Sertai the Kop
 3. Simeone sedia benarkan Falcao tinggalkan Atletico Madrid
 4. Tiada pertanyaan dari PSG untuk Rooney
 5. San Lorenzo tingkatkan usaha untuk membawa Coloccini kembali
 6. Stoke sedia dapatkan penjaga gol Twente, Plattel
 7. Benteke beri bayangan mahu keluar dari Aston Villa
 8. Montella: Jovetic mungkin tinggalkan Fiorentina
 9. Debuchy tak menyesal sertai Newcastle
 10. Alves: Neymar akan bantu Messi

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version