Tuesday, July 03, 2012

Del Bosque luahkan kegembiraan

Pengurus Sepanyol ini bangga dengan kejayaan bersejarah pasukannya.

Vicente Del Bosque gembira melihat Sepanyol memberikan persembahan penuh profesional setelah mereka menundukkan Itali dan menjulang kejuaraan Euro 2012.
 
Walaupun menjadi juara bertahan Eropah dan dunia memasuki aksi penentuan Ahad lalu dengan Itali, Sepanyol telah dikritik oleh beberapa pihak kerana terlalu menerapkan corak permainan hantaran secara berlebihan.
 
Kekurangan striker tengah dan kegagalan menyudahkan gerakan lancar dengan gol menyaksikan anak buah Del Bosque kurang menarik perhatian, namun mereka menawarkan respon terbaik terhadap pengkritik mereka di Kiev.
 
"Perlawanan ini hebat buat pemain kami, mereka kawal permainan," kata Del Bosque.
 
"Selepas kami jaringkan gol pertama, Itali sangat bahaya, namun kami beri reaksi dengan baik."
 
"Kami ada kawalan bola, kami berikan mereka tekanan, dan ada pembukaan ruang mencukupi oleh kami. Jadi kami sangat gembira."
 
"Kejayaan ini buat bola sepak Sepanyol sesuatu yang bersejarah, dan kini kami perlu lihat ke depan dan cuba untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Ribery mahu tamatkan pening final
 2. Nasri akan sokong Pellegrini di City
 3. Bale beri bayangan kekal di Tottenham
 4. Santa Cruz sedia untuk kekal di Malaga
 5. Nasri Tidak Mahu Tinggalkan City
 6. Begovic Tak Pasti Lagi Masa Depannya Di Stoke
 7. Belanda Turunkan Skuad Yang Kuat
 8. Keane Dibenarkan Mewakili Ireland
 9. Ramos Gesa Bale Sertai Real Madrid
 10. Rooney Terbuka Dengan Perpindahan Ke PSG

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version