Sunday, July 01, 2012

Foster adalah pilihan No. 1 Albion

Foster dipinjamkan ke West Brom musim lalu.

West Brom sedang meningkatkan usaha mereka untuk menandatangani penjaga gol Birmingham, Ben Foster secara tetap – namun Michael Rensing juga berada dalam radar mereka.

Bos baru Blues, Lee Clark mengakui Rabu lalu yang perbincangan sedang 'berjalan' dengan Albion tentang Foster.
Penjaga gol Cologne, Rensing juga dipercayai dalam senarai pilihan pemain sasaran The Baggies.

Namun, Foster kekal pilihan utama mereka selepas persembahan cemerlang ketika dipinjamkan dari Birmingham musim lalu.

Dia memainkan peranan besar buat West Brom menamatkan kedudukan di tangga ke-10 Liga Perdana dan telah dipilih Pemain Terbaik Tahunan kelab.

Foster kuat dikaitkan dengan perpindahan ke QPR sebelum mereka menandatangani Robert Green dari West Ham, namun bekas penjaga gol Manchester United itu telah kerap menjelaskan yang dia gembira untuk kekal di The Hawthorns.

Rensing hanya akan dipertimbangkan jika usaha menandatangani Foster menemui kegagalan.

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Saya tak pernah ditawarkan kontrak baru
 2. Klopp: Saya tak akan berhenti Dortmund untuk Liga Perdana
 3. Liverpool kejar langkah percuma Toure
 4. Ranieri akan kekal di Monaco
 5. Ibrahimovic mahu Ancelotti kekal
 6. Hummels mungkin cergas untuk hadapi Bayern
 7. Rizzoli pengadil final Liga Juara-juara
 8. Eriksson Sedang Berbincang Dengan Guangzhou R&F
 9. Saya Akan Berikan Segala-galanya Kepada BVB
 10. Laudrup Mencari 'Seorang Lagi Michu'

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version