Meireles jadi sasaran Napoli.
Jurulatih Napoli, Walter Mazzarri telah menjadikan midfielder Chelsea, Raul Meireles sebagai sasaran utama mereka.
Mazzarri enggan kehilangan bintang striker, Ezequiel Lavezzi ke Paris St Germain tetapi teruja mahu menguatkan skuadnya bagi mencabar tiga tempat teratas musim Serie A selepas Napoli terlepas kelayakan Liga Juara-juara tahun lalu.
Meireles memasukkan prestasi yang menarik perhatian untuk Blues dalam kempen Liga Juara-juara mereka, terutamanya menjaringkan gol dalam suku akhir menentang Benfica yang mendorong mereka ke laluan kemenangan.
Namun, pemain antarabangsa Portugal itu enggan diseret ke spekulasi masa depannya, bertegas bahawa dia hanya fokus pada aksi separuh akhir Iberia pada hari Rabu antara negaranya dengan Sepanyol.
Bercakap kepada The Mirror, Meireles, 29, berkata, "Saya fokus pada Euro dan tak boleh berfikir tentang masa depan saya sekarang."
Pemain Terbaik Tahunan PFA 2011, yang menyertai Chelsea pada hari akhir perpindahan musim lalu, membuat 45 penampilan untuk sisiStamford Bridge, menjaringkan 6 gol dan 6 assist sepanjang tempoh tersebut. |