Iniesta sasar julang trofi Euro Ahad ini.
Andres Iniesta menegaskan Sepanyol sudah bersedia untuk mencipta sejarah di final Ahad ini.
Jika skuad Vicente del Bosque menjulang trofi Kejohanan Eropah, mereka akan menjadi pasukan pertama dalam sejarah memenangi tiga kejohanan utama sekaligus.
Iniesta, 28, mempamerkan paparan cemerlang menentang Portugal dan menjaringkan gol penalti dalam aksi penentuan.
Dia berkata, "Kami amat gembira dapat ke final sekali lagi. Kami sedia untuk mencipta sejarah."
"Kami hanya perlukan sedikit dorongan terakhir."
Iniesta memuji bek, Sergio Ramos yang melakukan sepakan penalti seperti playmaker Itali, Andrea Pirlo semasa menentang England, kerana dia terus menjaringkan gol dengan mudah.
Dia berkata: "Dia sangat yakin. Ia satu perasaan yang luar biasa bagi kami apabila bola masuk." |