Friday, June 29, 2012

Ronaldo: Saya Setuju Ambil Penalti Kelima

Ronaldo gagal menyinar bertemu Sepanyol

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa beliau bersetuju mengambil penalti kelima semasa kekalahan pasukannya di penentuan penalti separuh akhir kepada Sepanyol di Kejohanan Eropah 2012.
 
The Seleccao tewas selepas  Joao Moutinho dan Bruno Alves gagal menyempurnakan penalti dengan Ronaldo – yang biasa mengambil sepakan penalti pasukan – tidak berpeluang untuk menewaskan  Iker Casillas.
 
"Saya sepatutnya mengambil penalti kelima tapi gagal dua penalti," kata Ronaldo. "Ia hanyalah di antara perbualan saya dengan pengurus. Dia bertanya saya: 'Mahukah kamu mengambil penalti kelima?' dan saya jawab 'ya'."
 
"Kadangkala saya mengambil yang pertama, kedua atau ketiga. Saya bersetuju mengambil penalti kelima."
 
"Sekarang, saya harap Sepanyol memenangi kejohanan kerana saya ada ramai kawan dan bermain di situ dan ia akan menjadi final yang sukar
untuk mereka."
 
"Saya rasa sangat normal bermain menentang pemain  Real Madrid. Di atas padang kami bukannya kawan tapi di luar kami berkawan."
 
Ronaldo juga mengakui kekalahan penentuan penalti memeritkan namun percaya Portugal ada kempen kejohanan yang bagus."

 

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Spurs Mahu Sambar Paulinho Dan Bernard
 2. Zidane 'Tak Sedia Untuk Tugas Utama'
 3. Bielsa Belum Sedia Untuk Santos
 4. Tottenham 'Berminat' Dengan Guarin
 5. Tevez Masih Belum Pasti Masa Depannya Di City
 6. Gundogan Akan Kekal Di Borussia Dortmund
 7. Fer Masih Terbuka Dengan Perpindahan Ke Everton
 8. Liverpool Masih Minat Dengan Mkhitaryan
 9. Strootman sasar England
 10. Odemwingie dalam senarai Palace

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version