Wednesday, June 27, 2012

Jerman Akan Perlu Awasi Itali

Dino Zoff sokong negaranya tumpaskan Jerman

Dino Zoff percaya Itali ada peluang cerah mengalahkan Jerman di pertemuan separuh akhir Kejohanan Eropah 2012.
 
Lagenda berusia 70 tahun itu, yang memenangi Kejohanan Eropah tahun 1968, melalui detik terhebat dalam karier antarabangsa di tahun 1982, mengetuai the Azzurri ke kejayaan Piala Dunia dengan kemenangan 3-1 ke atas Jerman di perlawanan akhir.
 
Zoff memberikan pujian penuh terhadap skuad Mannschaft, khususnya penyerang mereka, Mario Gomez, namun cukup yakin bahawa pasukan Cesare Prandelli mereka cukup mantap untuk mengejutkan pasukan Joachim Low yang merupakan pasukan pilihan kejohanan dan mara ke final.
 
“Itali ada peluang cerah untuk terus mara di kejohanan," kata Zoff. "Jerman perlu berhati-hati. The Azzurri pasukan yang sangat bagus mencipta sesuatu. Mereka boleh mencetuskan masalah kepada sesiapa saja seperti yang sekali dibuktikan semasa menentang England.
 
“Jerman pasukan yang sangat seimbang dengan tiada kelemahan. Mario Gomez menarik perhatian saya setakat ini. Dia pemain yang hebat."
 
“Mereka menunjukkan permainan positif setakat ini. Satu-satunya pengecualian pada pandangan saya ialah perlawanan menentang Portugal. Mereka lebih tertekan di situ berbanding lawan mereka yang lain."
 
Selain dari kejayaan Piala Dunia 1982, Itali turut menghampakan Jerman dengan kemenangan masa tambahan di separuh akhir Piala Dunia 2006.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Nasri: Saya kekal di Manchester City
 2. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 3. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 4. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 5. Simpson jangka pemergian musim panas
 6. Villas-Boas jangka Bale kekal
 7. Williams tak kisah dengan spekulasi
 8. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 9. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'
 10. Arteta Puji Semangat Berpasukan

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version