Mancini mahu kekalkan Kolarov
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memberitahu kelab tidak akan menjual bek kiri pasukan, Aleksandar Kolarov musim panas ini walaupun dengan laporan berbeza.
Kolarov, 26, tiba di City pada tahun 2010 dengan bayaran sekitar £18 juta dari Lazio namun gagal menjadi kesebelasan utama pasukan dengan menerima saingan dari Gael Clichy.
Namun Mancini telah menegaskan kelab tidak berminat menjual pemain Serbia tersebut, yang memainkan peranan besar dalam kempen pasukan di Liga Juara-juara.
"Kolarov? Dia bek kiri yang hebat dan saya mahu mengekalkannya,'' kata Mancini.
"Kami ada pemain yang sangat bagus dan ada banyak kelab yang berminat dengan mereka, dan ia bermakna kami telah bermain dengan cukup baik. Kami amat tahu nilainya (Kolarov) dan kami mahu mengekalkannya."
Kolarov, yang hanya membuat 12 permulaan kesebelasan utama liga untuk City musim ini ketika mereka memenangi Liga Perdana Inggeris yang pertama, masih ada kontrak sehingga Jun 2015. |