Wednesday, June 27, 2012

Bendtner Tarik Minat

Bendtner gagal kukuhkan tempatnya dalam skuad utama Arsenal

Minat terhadap penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner semakin meningkat berikutan persembahannya untuk Denmark di Kejohanan Eropah 2012, menurut ejennya.
 
Bendtner, 24, menghabiskan musim lepas secara pinjaman di Sunderland dan dijangka meninggalkan terus Stadium Emirates musim panas ini.
 
Ejen Jesper Lynghus memberitahu beliau tidak menolak sebarang kemungkinan ketika ini, termasuk terus bersama the Gunners, namun perpindahan bakal berlaku tidak lama lagi.
 
"Kami semakin hampir dari hari ke hari," katanya.
 
"Minatnya cukup besar sama, memang sewajarnya melihat kepada persembahan Nicklas di Kejohanan Eropah 2012."
 
Mengenai minat dari kelab Russia, Anzhi Makhachkala, beliau menambah: "Kami tidak memberikan komen mengenai tawaran khusus ketika ini tapi cukup untuk mengatakan minat terhadap Nicklas adalah global."
 
Bendtner menjaringkan dua gol untuk  Denmark di Kejohanan Eropah 2012, dengan kedua-dua gol itu muncul semasa kekalahan 3-2 kepada Portugal.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Stoke mahu Rafael Benitez
 2. Liverpool pantau Zieler
 3. Mourinho plot tawaran £25 juta untuk Gomez
 4. Arsenal dikejutkan dengan tag harga £25 juta Jovetic
 5. Moyes mahukan Luke
 6. Luiz bakal jadi mangsa pertama Chelsea dalam tempoh kedua Mourinho
 7. Girard mahu kerja seterusnya di England
 8. Lahm '100%' Yakin Menang Liga Juara-juara
 9. Keane Diketepikan Dari Bertemu England
 10. QPR Nafi Merekrut Brooklyn Beckham

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version