Lescott tidak terlalu kecewa dengan penyingkiran England
Joleon Lescott menegaskan England tidak perlu berasa malu walaupun mengalami satu lagi kekecewaan penentuan penalti.
The Three Lions disingkirkan dari Euro 2012 melalui penentuan penalti selepas aksi 120 minit tanpa jaringan menentang Itali malam kelmarin. Namun bintang Manchester City itu berasa kekalahan suku akhir itu tidak harus dianggap sebagai satu malapetaka.
Dia berkata: "Banyak yang diperkatakan sebelum kejohanan tentang berapa jauh kami boleh mara dan dalam setiap persembahan kami telah tunjukkan aksi penuh hormat dan keghairahan. Itulah yang penyokong England mahu saksikan."
"Adakah suku akhir tahap England berada sekarang? Semestinya tidak."
"Kami yakin datang ke kejohanan, dengan pemain yang kami ada dalam pasukan."
"Mereka berada di tahap tertinggi permainan mereka dan beberapa daripada mereka adalah yang terbaik di posisi masing-masing."
"Saya rasa suku akhir adalah yang paling minimum kami harapkan dan peningkatan telah dibuat berbanding kejohanan lalu."
"Ia mengecewakan pulang tapi, sejurus selepas kami hilangkan kesedihan kami, kami boleh imbas kembali dan rasa kami dah buat negara kami bangga." |