Kontrak semasa Sinclair bakal tamat penghujung musim hadapan.
Swansea memberitahu bintang sayap, Scott Sinclair bahawa Sudah masanya untuk membuat keputusan mengenai masa depan.
Sinclair, 23, masih belum menandatangani perjanjian baru yang ditawarkan di Stadium Liberty.
Dia hanya berbaki 12 bulan dalam kontraknya dan boleh meninggalkan kelab secara bebas akhir musim depan.
Kini Swansea, yang melantik Michael Laudrup selaku bos baru minggu lepas, mahu isu ini diselesaikan dan akan menjualnya jika perlu.
Pengerusi, Huw Jenkins berkata, "Masa kian berlalu yang mana kami boleh meninggalkan pemain memasuki tahun terakhir kontrak mereka." |