Friday, June 22, 2012

Nasri: Perancis Lebih Rela Jumpa Sepanyol Dari Itali

Nasri merasakan semua pasukan punyai peluang yang sama.

Midfielder Perancis Samir Nasri menyangkal tanggapan bahawa Sepanyol adalah pasukan pilihan Kejohanan Eropah 2012 mendakwa beliau lebih rela menentang pasukan kendalian Vicente del Bosque berbanding Itali.
 
Berikutan prestasi jauh dari meyakinkan di Kumpulan D,  mengutip empat mata, Nasri yakin Les Bleus ada senjata sendiri apabila berjaya mengelak pasukan Cesare Prandelli.
 
Menjelang pertemua suku akhir menentang Sepanyol, bekas pemain Arsenal ini mendakwa juara bertahan itu tidak ditakdirkan menjuarai Kejohanan Eropah 2012, menambah Jerman menjadi pasukan paling menyerlah.
 
Bercakap dengan wartawan, Nasri memberitahu: “Saya tak fikir Sepanyol pasukan pilihan di kejohanan, Jerman paling menarik perhatian saya."
 
"Sepanyol dan Itali sukar untuk ditentang dan pada pandangan saya, Itali sukar untuk dihadapi kerana mereka membariskan lima pemain pertahanan dan tiga midifielder defensif yang naik ke atas."
 
“Sepanyol gemar bermain tapi Perancis sentiasa ada rekod baik menentang Sepanyol di kejohanan utama. Kami mungkin mendapat lebih ruang menentang Sepanyol."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Saya tak pernah ditawarkan kontrak baru
 2. Klopp: Saya tak akan berhenti Dortmund untuk Liga Perdana
 3. Liverpool kejar langkah percuma Toure
 4. Ranieri akan kekal di Monaco
 5. Ibrahimovic mahu Ancelotti kekal
 6. Hummels mungkin cergas untuk hadapi Bayern
 7. Rizzoli pengadil final Liga Juara-juara
 8. Eriksson Sedang Berbincang Dengan Guangzhou R&F
 9. Saya Akan Berikan Segala-galanya Kepada BVB
 10. Laudrup Mencari 'Seorang Lagi Michu'

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version