Gomes jarang mainkan peranan di bawah Redknapp musim lalu.
HEURELHO GOMES mahu kekal di Tottenham selepas Harry Redknapp kini tiada.
Penjaga gol Brazil ini bermain sebagai sokongan untuk penjaga gol veteran Brad Friedel musim lepas.
Namun beliau berharap siapa saja yang dilantik sebagai pengurus baru di White Hart Lane akan memilihnya.
Gomes, 31, berkata: “Ia merupakan musim yang sukar."
“Saya terdesak untuk pergi. Kini keadaan berubah kerana pengurus telah pergi minggu lepas."
“Saya mahu kembali ke pasukan kebangsaan tapi saya perlu bermain terlebih dahulu.” |