Higuain tegaskan dia komited bersama Madrid.
Gonzalo Higuain telah mengesahkan semula komitmennya dengan Real Madrid, menegaskan dia gembira di ibu negara Sepanyol dan tidak minat berpindah.
Pemain antarabangsa Argentina itu menjadi striker kedua di belakang Karim Benzema di Santiago Bernabeu untuk majoriti musim lalu, dan dengan itu, terdapat khabar angin bahawa dia bakal membuat langkah musim panas ini.
Kelab-kelab seperti Paris Saint-Germain, Juventus dan Chelsea kesemuanya telah meluahkan minat terhadap striker klinikal itu, namun bekas pemain River Plate menyatakan hasratnya untuk kekal bersama juara Liga tersebut.
"Saya senang di Real Madrid," kata Higuain.
"Saya gembira di Sepanyol dan saya mahu kekal di Madrid demi realisasikan impian saya. Saya lebih matang sejak tinggalkan negara saya lima tahun lalu, kini saya rasa seperti seorang pemain lengkap dan elemen penting untuk Real Madrid."
"Setiap pemain mahu merasai pengalaman negara baru dan bermain dalam liga yang berbeza. Tapi kini saya senang di Madrid, saya gembira dan berpuas hati," katanya.
Higuain, 24, membuat langkah ke kelab ibu negara Sepanyol itu dari River Plate pada Januari 2007, dan memenangi tiga gelaran Liga dengan kelab tersebut. |