Monday, June 18, 2012

Saya mahu menentang Ukraine

Carroll jaringkan gol pertama ketika kemenangan ke atas Sweden.

Andy Carroll yakin dia melakukan secukupnya untuk meyakinkan pengurus England, Roy Hodgson agar mengekalkan tempatnya pada malam Selasa menentang Ukraine.
 
Carroll berkata, "Saya rasa saya letakkan diri dalam permainan menentang Sweden. Kini saya perlu teruskannya dalam latihan dan cuba untuk menjaga tempat saya."
 
Carrol, 23, akan kembali menuntut tempat apabila pemain England bersedia di pangkalan mereka di Krakow, Poland, pagi ini.
 
"Jelas sekali, Wayne pemain hebat yang mempunyai kualiti cemerlang dan kami perlukan dia dalam pasukan," kata Carroll.
 
"Saya akan gembira bermain dengannya, mana-mana pemain juga begitu dan saya tak pernah berpeluang sebelum ini." Carroll memuji kualiti prestasi rakan sepasukan Anfield, Gerrard, yang membolehkan dia membuat tandukan melepasi penjaga gol Sweden, Andreas Isaksson.
 
"Itu bola yang hebat oleh Stevie dan saya hanya perlu menanduknya tepat ke sasaran," kata Carroll.
 
"Saya fikir itu kemenangan yang hebat. Kami bersatu selaku pasukan. Kami raih tiga mata, itu yang penting. Kami membuktikan diri selepas mundur sebelum ini dan bangkit dengan cemerlang."

 

 
Top 10 Berita Hangat
 1. QPR Nafi Merekrut Brooklyn Beckham
 2. Sherwood: Bale Terus Bersama Spurs
 3. Schwarzer Fikir Untuk Tinggalkan Fulham
 4. Benitez Dihampiri Oleh PSG
 5. Rodgers yakin Suarez akan kekal
 6. Moutinho mahu kekal di Porto
 7. Saya tak pernah ditawarkan kontrak baru
 8. Klopp: Saya tak akan berhenti Dortmund untuk Liga Perdana
 9. Liverpool kejar langkah percuma Toure
 10. Ranieri akan kekal di Monaco

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version