Monday, June 18, 2012

Walcott: Saya tak mahu hanya dikenali sebagai super-sub

Walcott mahu lebih aksi permainan.

Theo Walcott menyuarakan hasrat untuk menjadi lebih dari sekadar 'super-sub' untuk England di Euro 2012.
 
Selepas prestasi berkesannya, pemain berusia 23 tahun itu berharap untuk memulakan permainan dalam aksi penentuan kumpulan menentang Ukraine pada hari Selasa.
 
"Saya tak mahu dikenali selaku super-sub," kata Walcott. "Tapi anda perlu bersedia untuk keluar dari bangku simpanan dan membuat impak jika anda tak berada dalam kesebelasan utama. Permainan ini bukan hanya tentang 11 pemain yang dipilih. Anda perlu bergantung kepada 23 pemain yang telah terpilih untuk kejohanan."
 
"Saya telah tunggu seketika saya dan harap saya mendapatnya, tetapi ada pemain lain dalam skuad yang mahu perkara yang sama. Ini semua tentang menunggu peluang anda dan bila ia datang, anda perlu bersedia."
 
"Saya kecewa tak bermain menentang Perancis, namun itu satu perkara yang baik. Ada persaingan yang besar untuk tempat, dengan Danny Welbeck dan Andy Carroll pamer prestasi yang baik, Wayne Rooney juga akan kembali untuk permainan Ukraine."
 
"Tapi saya telah jaringkan satu gol dan mencipta hantaran gol kemenangan, jadi saya rasa saya telah mainkan peranan saya. Bos (Roy Hodgson) berkata kepada saya sepanjang minggu ini bahawa aksi ini akan penting bagi saya."
 
Walcott kini memandang ke hadapan untuk pertembungan terakhir Kumpulan D England, apabila mereka bertemu tuan rumah bersama, Ukraine, mengetahui bahawa seri akan cukup baik untuk menjamin tempat mereka di suku akhir.
 
"Mereka tuan rumah, mereka perlu menang dan mereka akan mempunyai segala sokongan di belakang mereka, jadi ia akan menjadi malam yang sukar bagi kami."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Conte nafi perbelanjaan 'fantasy football' Juventus
 2. Nasri: Saya kekal di Manchester City
 3. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 4. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 5. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 6. Simpson jangka pemergian musim panas
 7. Villas-Boas jangka Bale kekal
 8. Williams tak kisah dengan spekulasi
 9. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 10. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version