Krasic jadi sasaran Rodgers
Liverpool merupakan kelab terbaru yang berbincang dengan Milos Krasic mengenai perpindahan £6 juta.
Pemain serangan Serbian itu hampir pasti meninggalkan Juventus musim panas ini selepas bermasalah dengan juara Serie A tersebut, hanya bermain tujuh perlawanan musim lepas.
Manchester United dan Tottenham sebelum ini dilaporkan berminat dengan Krasic – Spurs di bulan Januari – pemain yang bakal meninggalkan juara baru Serie A itu.
Juve terdesak mencari penyerang bertaraf dunia dan mensasarkan Robin van Persie dan Luis Suarez sebagai pembelian berpotensi.
Pengurus West Ham Sam Allardyce telah mengunjungi Itali untuk cuba meyakinkan seorang lagi pemain sayap Juve, Eljero Elia, untuk perpindahan pinjaman ke Upton Park. Bagaimanapun, Schalke, Benfica dan Feyenoord turut berminat.
Pengurus the Hammers itu juga sedang mencari penyerang baru dan telah berbincang dengan Inter Milan mengenai penyerang Belanda mereka, Luc Castaignos. |