Sunday, June 17, 2012

Tiada Bidaan Barca Untuk Bale

Bale mula dikaitkan dengan banyak kelab susulan pemecatan Redknapp

Ejen Gareth Bale memberitahu ia adalah "masalah" kerana Tottenham Hotspur tidak bermain di Liga Juara-juara musim hadapan tapi menafikan ada bidaan datang dari Barcelona.

Bale, 22, dikaitkan dengan perpindahan dari Tottenham selepas sebelum ini mengakui akan mempertimbangkan masa depannya jika kelab gagal layak ke kejohanan tersebut.

Spurs, yang mengesahkan Harry Redknapp telah meninggalkan kelab, menduduki tempat keempat musim 2011-12 namun kejayaan Chelsea ke atas Bayern Munich di final Liga Juara-juara telah membuatkan kelab London itu kehilangan tempatnya kerana the Blues menggantikan mereka sebagai juara bertahan.

Laporan menyebut Barca bakal membida Bale, yang dikatakan bernilai £40 juta, namun wakil pemain Wales itu, Jonathan Barnett, telah menafikannya.

"Saya rasa ia terlalu mahal untuk Barca," kata Barnett kepada akhbar Catalan, Sport. "Setahu saya,  Barca tak buat sebarang tawaran untuknya.

"Jika berminat, mereka akan membuat tawaran dan kemudian mula berbincang. Tapi nampaknya Barca sedang mengusahakan pembelian Jordi Alba, opsyen yang lebih murah."

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Conte nafi perbelanjaan 'fantasy football' Juventus
 2. Nasri: Saya kekal di Manchester City
 3. Diego sahkan 'tawaran konkrit' dari Atletico Madrid
 4. Scolari akui rundingan Neymar dengan Rosell
 5. Ancelotti dalam pra-kontrak dengan Madrid
 6. Simpson jangka pemergian musim panas
 7. Villas-Boas jangka Bale kekal
 8. Williams tak kisah dengan spekulasi
 9. Allardyce dilihat bakal lengkapkan perjanjian buat Carroll
 10. City Harus Bersatu Semula Selepas 'Minggu Yang Emosi'

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version