Cech yakin akan kembali cergas
PETR CECH memberitahu beliau akan OK untuk perlawanan penting penentuan Republik Czech di Kumpulan A menentang Poland hari ini selepas mengalami kecederaan bahu.
Penjaga gol Chelsea itu memberitahu beliau berpuas hati dengan keadaannya yang semakin baik dan menegaskan: “Saya seharusnya cergas 100 peratus.
“Saya akan dapat berlatih dengan normal sekarang tanpa batasan.”
Cech, 30, menyambung latihan ringan semalam di kem latihan pasukan di Wroclaw.
Beliau mengalami kecederaan bahu semasa kemenanagn 2-1 ke atas Greece hari Selasa lepas dalam Kumpulan A.
Cech menambah beliau telah melupakan kesilapannya yang telah membolehkan Greece untuk menjaringkan gol saguhati semasa Republik Czechs menang 2-1.
Beliau berkata: “Saya tak memandang ke belakang — perkara utama ialah kami menang perlawanan.”
Kemenangan untuk kedua-dua pasukan akan membolehkan mereka layak ke pusingan suku akhir. |