Wednesday, June 13, 2012

Arsenal hampiri striker Perancis

Striker antarabangsa Perancis ini hampir menuju ke Emirates

Arsenal kian hampir mempersetujui perjanjian mendapatkan striker Perancis, Olivier Giroud, langkah yang akan meningkatkan spekulasi Robin van Persie bakal meninggalkan kelabnya musim panas ini.
 
Giroud merupakan sensasi Montpellier musim lalu, menjaringkan 25 gol ketikasisinya memenangi gelaran liga dan menyertai Lukasz Podolski dalam apa yang bakal menjadi kuasa serangan berwajah baru di Emirates.
 
Giroud, yang dinilai £13 juta oleh kelabnya, merupakan penjaring kaki kiri yang cemerlang dan ketibaannya bagai petanda bahawa Van Persie akan keluar dari kelab itu selepas lapan musim.
 
Giroud pernah bermain buat Grenoble dan Tours sebelum bersama Montpellier.
 
Manchester City dan Juventus berminat menandatangani pemain Belanda, Persie yang dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA dan Pemain Pilihan Penulis Bola Sepak musim lalu selepas menjaringkan 37 gol.
 
Arsenal terdesak mahu mengikat pemain berusia 28 tahun itu tetapi rundingan kontrak terhenti dengan perjanjian semasa akan tamat musim panas depan.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Krkic Menikmati Karier Pinjamannya Bersama Milan
 2. Naib Presiden Santos Berdiam Diri Harga Neymar
 3. Mertesacker Berharap Terus Bersama Arsenal
 4. Hummels Diragui Untuk Final
 5. Adkins: Reading takkan jual McCarthy
 6. Ferdinand sedia untuk tandatangan kontrak baru
 7. Rio: Moyes dalam laluan ke situasi sihat di United
 8. Wenger akui 'rundingan lanjut' dengan Yaya Sanogo
 9. Lewandowski membisu mengenai masa depan
 10. Mancini nafi spekulasi Napoli

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version