Stephane Sessegnon tampil cemerlang musim lalu.
Martin O'Neill menekankan kepentingan Sunderland mengekalkan khidmat penjaring terbanyak bersama kelab, Stephane Sessegnon pada musim panas ini.
Sessegnon, 28, dinamakan selaku pemain terbaik kelab musim ini berikutan paparan cemerlangnya di midfield, menjaringkan lapan gol di liga ketika mereka bangkit dalam carta liga selepas pemergian Steve Bruce.
Terdapat pertanyaan tentang minat ke atas pemain antarabangsa Benin itu dari beberapa kelab, termasuk Paris Saint-Germain, namun O'Neill teruja mahu mengekalkan aset bernilai kelab tersebut.
"Anda tak boleh beritahu apa yang akan berlaku sepanjang musim panas inidan saya tak mahu mula berkata apa-apa, yang akan membuat kami kelihatan bodoh pada akhirnya," katanya.
"Saya tak mahu kata apa-apa sekarang yang akan kembali kepada saya musim depan dengan orang berkata, 'Sebab anda berkata begitu, atau anda berkata begini'. Tapi tak ragu bahawa Stephane Sessegnon adalah pemain yang kami mahu kekalkan dan kami akan melakukan segala yang termampu untuk berbuat demikian."
"Dia tambah sesuatu kepada serangan, yang tiada pemain lain boleh lakukan dan keutamaan kami adalah perbaiki diri sebagai kuasa serangan musim depan. Jika anda mahu melakukannya, anda perlu kekalkan pemain terbaik anda dan menarik pemain lain. Stephane membuat keputusan yang betul bagi perasaan gembiranya tinggal di Sunderland." |