Wednesday, June 13, 2012

Kallstrom: Ukraine lebih klinikal berbanding Sweden

Kim Kallstrom gagal bantu Sweden catat kemenangan ke atas Ukraine.

Midfielder Sweden, Kim Kallstrom yakin bahawa kelebihan klinikal Ukraine di depan gol merupakan perbezaan ketika pasukannya tewas 2-1 dalam aksi pembukaan Euro 2012 mereka.
 
Zlatan Ibrahimovic meletakkan Sweden di hadapan pada awal babak kedua, namun tandukan Andriy Shevchenko dua kali melepasi Andreas Isaksson secara berturut-turut untuk memastikan kemenangan dan tempat teratas Kumpulan D untuk skuad Oleg Blokhin.
 
Midfielder Lyon itu melepaskan peluang di hadapan gol dan mengakui bahawa perbezaan di antara kedua-dua negara tersebut adalah dari segi penyudah.
 
"Dari segi peluang saya rasa seimbang, tapi perbezaan antara kami adalah betapa klinikalnya mereka dalam menyudahkan kebanyakan peluang," jelas Kallstrom kepada wartawan.
 
Johan Elmander dan Olof Mellberg kedua-duanya mempunyai peluang yang baik untuk merampas mata pada masa kecederaan, namun tak mampu untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang mereka.
 
Kallstrom juga mengulas mengenai kecergasan skuad Ukraine selepas mereka menjaringkan gol pertama, yang mana mencetuskan harapan kepada pasukan dan membawa kepada gol kedua dengan segera.
 
"Sudah tentu bila mereka menjaringkan gol, mereka dapat banyak tenaga," tambah Kallstrom. "Sedih bagi kami kerana bolos melalui sepakan sudut sekali lagi."
 
Permainan berikut Sweden adalah menentang England pada 15 Jun di Stadium Olimpik di Kiev.
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Rio: Moyes dalam laluan ke situasi sihat di United
 2. Wenger akui 'rundingan lanjut' dengan Yaya Sanogo
 3. Lewandowski membisu mengenai masa depan
 4. Mancini nafi spekulasi Napoli
 5. Zapata terdesak mahu kekal di AC Milan
 6. Seteru London Berdepan Senario Play-off
 7. 'Dia Antara Penyerang Terbaik Dunia'
 8. Juventus Letak Piszczek Pengganti Lichtsteiner
 9. Neymar sesuai dengan corak permainan Barcelona - Pedro
 10. Santa Cruz: Pellegrini orang yang sesuai untuk Man City

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version