Mungkinkah Van der Vaart akan ke Itali?
Midfielder Tottenham, Rafael van der Vaart mendedahkan hasratnya untuk bermain di Serie A sebelum dia menggantung kasut bolanya.
Gergasi Itali seperti Juventus, Inter dan Roma kesemuanya dikhabarkan berminat mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu pada musim panas ini.
Kembali ke Jerman juga turut dicadangkan ketika Schalke dilaporkan mengejar bekas pemain Hamburg itu, namun dia memilih menjauhkan diri daripada spekulasi, menegaskan dia menikmati kehidupan di White Hart Lane.
"Saya mahu bermain di Itali sekali. Ramai yang berkata Serie A tak menarik, tapi saya ada perasaan yang baik mengenainya."
"Van der Vaart mahu terlibat dengan bola sepak apabila dia bersara kelak."
Dia menambah, "Saya mahu menjadi seseorang di antara jurulatih dan pengarah teknikal."
"Membantu pemain, bercakap dengan mereka. Skuad sangat besar hari ini dan oleh itu pemain jarang mendapat perhatian. Kadang-kadang pemain yang tak digemari dilayan seperti sampah." |