Nicola Rizzoli bakal mengadili perlawanan antara England dan Perancis
Perlawanan pembukaan England di Kumpulan D Kejohanan Eropah dengan Perancis akan diadili oleh Nicola Rizzoli.
Penyokong Manchester United dan Fulham pasti mengingati pengadil Itali ini yang merupakan antara pengadil disegani di Eropah.
Rizzoli mengendalikan perlawanan the Cottager yang tewas 2-1 di final Liga Eropah kepada Atletico Madrid pada Mei 2010.
Dan beliau mengarahkan Rafael dibuang padang semasa United tersingkir di Liga Juara-juara di tangan Bayern Munich bulan April tahun yang sama.
'Jerman tipikal,' Sir Alex Ferguson mengulas selepas perlawanan tersebut.
'Pengadil tidak melakukan apa-apa sehinggalah mereka memaksa dia mengeluarkan kad. Tapi kami telah melihat sebelum ini dari pasukan yang serupa dengannya.' |