Iniesta sokong England
ANDRES INIESTA menyokong Les Bleus untuk mengenepikan England malam Isnin nanti.
Bintang midfield Sepanyol yang menjaringkan gol kemenangan di final Piala Dunia 2010, memberitahu: “Saya telah menonton perlawanan Perancis di televisyen beberapa kali dan saya fikir mereka akan membuatkan England menderita.
“Perancis telah banyak meningkat di bawah Laurent Blanc dan permainan di antara Yohan Cabaye, Franck Ribery dan Karim Benzema memang berbahaya.
“Beberapa bulan yang lalu saya rasa ragu. Tapi kini saya percaya Perancis adalah lebih bagus dari England.
“England telah mengubah pengurus dan sistem mereka. Mereka juga mengalami masalah di luar padang dan ia satu kerugian kerana ia adalah perlawanan penting untuk mereka.
“Wayne Rooney akan dirindui untuk gol dan permainannya.
“Dalam keadaan normal, England dan Perancis akan melepasi peringkat suku akhir. Tapi perlawanan pertama boleh mengubah landasan kumpulan.” |