Saturday, June 09, 2012

Perbelanjaan Chelsea Akan Berterusan

Fellaini jadi sasaran terbaru Chelsea

Midfielder Everton Marouane Fellaini muncul sebagai sasaran nombor satu kelab berbelanja besar,  Chelsea ketika pemiliknya Roman Abramovich terus membina semula skuadnya.

Juara Liga Juara-juara ini masih tidak memiliki pengurus tetap namun ia tidak menghalang  Abramovich dari meluluskan pembelian Eden Hazard dan Marko Marin, yang masing-masing mendatangkan kos £32 juta dan £8 juta.

Laporan menyebut, Fellaini, 24, bakal menjadi nama besar terbaru yang tiba di Stamford Bridge.

Fellaini telah mengukuhkan namanya sebagai antara midfielder menyeluruh di Liga Perdana Inggeris sejak perpindahannya ke Everton pada tahun 2008 dan ia disahkan menerusi aksi cemerlang dalam aksi untuk negaranya, Belgium yang tewas 1-0 kepada England di Wembley minggu lepas.

Chelsea mahu memperkuatkan bahagian midfield mereka dengan Frank Lampard tidak lama lagi akan berusia 34 tahun dan keraguan kecergasan yang berterusan terhadap Michael Essien.

The Toffees sedia untuk menjual sekiranya mereka boleh memperolehi keuntungan signifikan dari jumlah £15 juta yang dibayar kepada Standard Liege untuk Fellaini hampir empat tahun yang lalu.

 
Top 10 Berita Hangat
 1. Debuchy tak menyesal sertai Newcastle
 2. Alves: Neymar akan bantu Messi
 3. 'Saya tak boleh lihat Rooney bermain untuk kelab lain selain MU'
 4. Gignac Terus Bersama Marseille
 5. Martinez Masih Tak Keruan Masa Depannya
 6. Ribery Tangguhkan Perbincangan Kontrak
 7. City Tidak Mengejar Falcao Atau Neymar
 8. Madrid Bertindak Awal Dapatkan Isco
 9. Maradona Dikaitkan Dengan Napoli
 10. Arsenal sedia buang Mael

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version