Majalah Eksklusif Friday, July 08, 2011

Majalah Wisel 250

Isi Kandungan Menarik!
  Jamie: Gerrard ialah Superman
Bekas midfielder Liverpool, Jamie Redknapp telah melabel Steven Gerrard sebagai 'Superman' ketika dia bercakap menjelang musim baru Liga Perdana. Gerrard menjalani kempen dibayangi kecederaan musim lalu, membuat hanya enam penampilan selepas kepulangan Kenny Dalglish sebagai pengurus di Anfield. Pemain berusia 31 tahun itu menjalani ...
Yaya pemain Afrika berpendapatan tertinggi  
Midfielder Manchester City, Yaya Toure dinamakan di tempat teratas senarai pendapatan pemain kelahiran Afrika dalam satu artikel dikeluarkan Forbes. Menerima sekitar AS$13.3 juta setahun, Toure berada di hadapan pemain hebat Afrika yang lain seperti Samuel Eto’o, Didier Drogba dan Michael Essien. Pemain Ivory Coast itu turut disertai dalam senarai tersebut oleh abangnya, Kolo yang juga bermain untuk City. Daripada lapan pemain...
  Young bakal isi tempat Ronaldo
Ashley Young dijangka menggantikan Ronaldo sebagai pemain kegemaran peminat di Manchester United, menurut Nigel Reo-Coker. Young dan Reo-Coker beraksi bersama sejak empat musim terakhir di Aston Villa, yang mana mereka membentuk keserasian di atas dan di luar padang. Midfielder Reo Coker gembira rakannya Young menjadi tumpuan dengan perpindahan £16 juta ke juara Liga Perdana. Dia percaya striker versatil itu, yang boleh...
Santos juara Piala Libertadores  
Santos berjaya memastikan pingat pertama piala benua mereka sejak era Pele pada 1960-an ketika menang 2-1 ke atas Penarol dalam timbal balik kedua final Piala Libertadores. Bintang striker, Neymar membuat jaringan selepas waktu rehat sedangkan Danilo menambah gol kedua pada babak kedua bagi memastikan kemenangan kelab Brazil. Gol sendiri lewat oleh Durval membuatkan pasukan pelawat masih berpeluang menang, tetapi ...
  Modric rasa 'biru'
Tottenham memberi petanda jelas bahawa mereka mengharapkan Luka Modric kekal di White Hart Lane melepasi musim panas ini setelah dia memperkenalkan jersi baru mereka menjelang kempen 2011-12. Keputusan untuk memasukkan pemain Croatia itu dalam gambar pengenalan tersebut dibuat dengan kepercayaan di kelab itu yang Modric akan menolak tawaran Chelsea, walaupun secara eksklusif mendedahkan dia mahu keluar dari...

 

 

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version