Majalah Eksklusif Wednesday, February 29, 2012

Majalah Wisel 273

Isi Kandungan Menarik!
  Tevez Mohon Maaf Akhirnya!
Maruah akhirnya tercalar di Anfield. Itu akibat janji Luis Suarez yang tidak dikotakan! Seorang pemain yang telah mengecewakan salah sebuah kelab termasyhur di dunia dan memaksa pengurus terkenal mereka memohon maaf. Satu persoalan yang timbul: Mengapa lama sangat untuk mereka menyedarinya?...
Evra Diejek Sejak Usia 17  
Patrice Evra mendakwa dia masih lagi berbekas dengan isu perkauman yang diharunginya semasa zaman remaja. Bintang Manchester United dari Perancis itu menjadi ejeken penyokong kelab pada permulaan kariernya di Itali selepas gagal mewakili mana-mana kelab di tempat kelahirannya ...
  Ekslusif: WISEL! Interviu Didi Hamann
WISEL! diberikan kesempatan untuk menemuramah bekas pemain dan legenda Liverpool, Dietmar Hamann di Kuala Lumpur sempena lawatan promosinya mengenai Kejohanan Master Football 2012. Kejohanan yang akan diadakan pada 22 April 2012 di Stadium Melawati Shah Alam ini bakal disertai pasukan pilihan Manchester United, Liverpool, Pilihan Bintang Liga Perdana Inggeris dan pasukan tuan rumah, Legenda Malaysia ...
Mick McCarthy Kambing Hitam Terbaru  
Penyokong Wolves mungkin bukan lagi jaguh tempatan dan Mick McCarthy mungkin kehilangan jawatannya selepas dimalukan 5-1 oleh West Brom, namun lelaki kelahiran Yorkshire ini masih boleh meninggalkan Molineux dengan penuh bermaruah ...
  Lembaran Baru Karier Saha
Lima jam lagi tempoh perpindahan akan tamat dan Louis Saha masih di dalam keretanya, begitu tertekan. Pukul enam dan dia masih berlegar-legar di sekitar London, terdesak mencari hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi melengkapkan perpindahannya dari Everton ke Tottenham Hotspur ...

 

 

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 
© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version